PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa
penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim".
(Hadis Riwayat Hakim)
Keterangan Hadis:
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum Muslimin di hari ini.
Disana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyak nya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!!!!!
Wednesday, October 5, 2011
Friday, September 23, 2011
Buku Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab
Assalamualaikum,,,jom kte pakat beli buku ustaz azhar nh yg skang ade dlm pasaran buku nh x mahal sngt pn dlm RM15.00 je drpd kte beli buku yg x brfaedah tu lebih baik kte beli buku agama yg mcm nh dpt juga menmbhkn ilmu. Stakat nh sy pn blom beli ag x sempat membelinya busy dgn kerja Insyaallah dlm msa yg trdekat akn membelinya..Syukran ;)
Sunday, September 11, 2011
HADIS Ketujuh
GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa di
kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka),sehingga
sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".
(Riwayat Bukhari)

Wednesday, August 31, 2011
Hadis Keenam
GOLONGAN ANTI HADIS |
Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
"Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas
katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia
berkata:"Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (Al-Quran) sahaja.Apa yang di
halalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan".
Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh
Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."
(Riwayat Abu Daud)
Keterangan Hadis:
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari
kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran. Ia hanya percaya
kepada Al-Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan
tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan
pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani Al-Quran jika tidak merujuk
kepada hadis Nabi saw.. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis
panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan
serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh
kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan Al-Quran sahaja, tetapi ia
mesti disertai dengan hadis Nabi saw.

Sunday, August 28, 2011
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Saka?
Assalamualaikum...sudah lme x update tntang2 gangguan makhluk halus ini,,Alhamdulillah hri ini diberi kesempatan oleh Allah S.W.T.Fokus perbincangan pada hri ini ialah tntang saka.Apakah yang dimaksudkan dengan saka itu?serba sedikit saya akn menerangkn tntang prkara ini.
Saka merupakan jin yg berada dlm tubuh manusia yg sudah sekian lama sehingga sudah menjadi sebati di dalam diri seseorang tu . Prkara ini berlaku sama ada seseornag itu tahu atau tidak tahu yang mereka telah memiliki saka kerana kebiasaan saka ini dari keturunan. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek moyang mereka dan diturunkan kepada pembawa saka itu tanpa diketahui oleh mana2 pihak dan boleh jadi juga jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunan yang die kehendaki.
Jin ini ditinggalkn oleh nenek moyang yg memiliki saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup mereka telah berkawan/mendampingi jin ini untk beberapa tujuan dan jin ini dikenali dengan pelbagai nama contohnya hantu raya, pelesit, pontianak dan lain2 lagi.
Didalam surah al-jin ayat 6 Allah telah berfirman: Dan sesungguhnya ade beberapa orang manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang jin, tetapi jin-jin itu hanyalah menjadikan mereka bertambah sesat.
Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang mereka inilah yang menjdi saka yang diperturunkan dari ayah ke anak dan dari datuk ke cucu oleh pembela jin ini. Mereka semestinya mempunyai pertalian dari sudut darah/keturunan. Ini disebabkan hasil daripada perjanjian yang telah dibuat awl lagi oleh nenek moyang mereka dengan jin dan akhirnya mengundang masalah/penderitaan kepada keturunan yang akn datang.
Dalil bahawa saka mempunyai kaitan dengan jin dan sebenarnya digelar saka itu sendiri adalah jin "Dari Abu Tha'labah berkata": Nabi S.A.W telah bersabda "Jin itu mempunyai tiga jenis: 1)satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangn di udara. 2) satu jenis yang menyerupai binatang(ular2,kala jengking dan anjing) 3)satu jenis yang berpindah randah.
Jdi jin jenis yang ketiga itu lah iaitu jin yang mampu berpindah randah yang dikenali sebagai saka. Ini disebabkan jenis jin inilah yang mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.

Hadis Tentang Wali Allah
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t.telah berfirman:“Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seseorang hambaKu yang bertaqarrub kepadaKu dengan sesuatu yang lebih kucintai daripada ia menunaikan segala yang Kufardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaku bertaqarrub kepadaKu dengan Nawafil, sehingga Aku mencintainya. Dan apabila Aku mencintainya, nescaya jadilah Aku(seolah-olah) pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan pemandangannya yang ia memandang dengannya, dan tangannya yang ia bertindak dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan andaikata ia memohonKu pasti akan Kuberinya, dan andaikata ia berlindung kepadaKu pasti akan Kulindunginya”.
Wednesday, August 3, 2011
Hadis Kelima
| Umat Isalam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi dan Nashrani | |
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata : Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.
H.R. Muslim
Subscribe to:
Posts (Atom)