Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, May 22, 2011

AYAT-AYAT UNTUK MENGHINDARI DARI GANGGUAN

  1. SURAH AL-FATIHAH
  2. SURAH AL-BAQARAH (1-5)
  3. SURAH AL-BAQARAH (102)
  4. AYAT QURSI
  5. SURAH AS-SAFFAT (7)
  6. SURAH AL-IKHLAS
  7. SURAH AL-FALAQ
  8. SURAH AN-NAS 
amalkn ayat2 berikut insyaallah dpt trhindar drpd gangguan jin dan syaitan

CARA MENGATASI GANGGUAN

  1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauhinya.
  2. Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
    o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
    o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
    o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
  3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
  4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya.
  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
  8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
  9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

tanda-tanda terkena gangguan jin

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.
TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

asal usul dajjal

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua. pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis di dahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan di tunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya... Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.." Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersekutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?"Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya  Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Monday, May 2, 2011

hukum menghisap rokok

assalamualaikum...tahukah anda apa hukum menghisap rokok...hukum menghisap rokok dlm adelh makruh dan juga bleh mnjadi hram...apabila menghisap rokok dan terus menyebabkn sakit didada dan mnjadi batuk yg amat dasyat itulh yg mnjadi haram..mnakala jika kte menghisap rokok dan riaksi sakit2 trsebut tidak brlaku serta-merta hukumnya adelh makruh sahaja...

hukum menggunakn prkataan salam,askum dan assalam

assalamualaikum....disini ingin sy brkongsi tntang menggunakn ringkasan bgi salam..adakah ia salalh dri segi islam??jom sme2 kte huraikn prsoalan tntang ini....ramai org cakap tidak boleh menggunakan ringkasan bgi salam kn..tp dalil xde pn,,,sebenarnya bleh kita menggunakn kn ringkasn trsebut tidak salah..assalamualaikum nh adelh 1 lafaz dan bukannya 1 tulisan..jika pham tntnag nh mknanya pham juga tntang hukum mneggunakn ringksan salam itu...apabila kte menggunakn ringksan bgi salam itu org yg menerima prkataan as-salam dan askum tidak lh wajib mnjawbnya krana assalamualaikum adelh 1 lafaz,,harap anda semua faham

Sunday, May 1, 2011

hukum bermain gitar

assalamualaikum w.b.t. disini saya ingin brbncang tntang hukum bermain gitar...ramai org tidak tw skang nh hukum brmain gitar...hukum bermain gitar nh adelh harus dan juga bleh mnjadi haram..sebahagian ulama brpendapat harus bermain gitar krana untuk berhibur sbb trlalu penat bribadat kpd Allah s.w.t....sebahagian ulama lgi berpendapat haram kerana apabila brmain gitar boleh menyebabkn trlalu asyik dgn petikan trsebut,,apabila keadaan ini berlaku boleh menyebabkn lagha@leka dri menunaikn ibadat kpd Allah..jika kita hendak brmain gitar x salahlh tp jgn smpai lagha