Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, August 31, 2011

Hadis Keenam


GOLONGAN ANTI HADIS
Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
"Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas
katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia
berkata:"Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (Al-Quran) sahaja.Apa yang di
halalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan".
Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh
Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."
                                                                                                                                  (Riwayat Abu Daud)

Keterangan Hadis:
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari
kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran. Ia hanya percaya
kepada Al-Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan
tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan
pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani Al-Quran jika tidak merujuk
kepada hadis Nabi saw.. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis
panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan
serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh
kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan Al-Quran sahaja, tetapi ia
mesti disertai dengan hadis Nabi saw.

Sunday, August 28, 2011

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Saka?

Assalamualaikum...sudah lme x update tntang2 gangguan makhluk halus ini,,Alhamdulillah hri ini diberi kesempatan oleh Allah S.W.T.Fokus perbincangan pada hri ini ialah tntang saka.Apakah yang dimaksudkan dengan saka itu?serba sedikit saya akn menerangkn tntang prkara ini.

Saka merupakan jin yg berada dlm tubuh manusia yg sudah sekian lama sehingga sudah menjadi sebati di dalam diri seseorang tu . Prkara ini berlaku sama ada seseornag itu tahu atau tidak tahu yang mereka telah memiliki saka kerana kebiasaan saka ini dari keturunan. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek moyang mereka dan diturunkan kepada pembawa saka itu tanpa diketahui oleh mana2 pihak dan boleh jadi juga jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunan yang die kehendaki.

Jin ini ditinggalkn oleh nenek moyang yg memiliki saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup mereka telah berkawan/mendampingi jin ini untk beberapa tujuan dan jin ini dikenali dengan pelbagai nama contohnya hantu raya, pelesit, pontianak dan lain2 lagi.

Didalam surah al-jin ayat 6 Allah telah berfirman: Dan sesungguhnya ade beberapa orang manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang jin, tetapi jin-jin itu hanyalah menjadikan mereka bertambah sesat.

Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang mereka inilah yang menjdi saka yang diperturunkan dari ayah ke anak dan dari datuk ke cucu oleh pembela jin ini. Mereka semestinya mempunyai pertalian dari sudut darah/keturunan. Ini disebabkan hasil daripada perjanjian yang telah dibuat awl lagi oleh nenek moyang mereka dengan jin dan akhirnya mengundang masalah/penderitaan kepada keturunan yang akn datang.

Dalil bahawa saka mempunyai kaitan dengan jin dan sebenarnya digelar saka itu sendiri adalah jin "Dari Abu Tha'labah berkata": Nabi S.A.W telah bersabda "Jin itu mempunyai tiga jenis: 1)satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangn di udara. 2) satu jenis yang menyerupai binatang(ular2,kala jengking dan anjing) 3)satu jenis yang berpindah randah.

Jdi jin jenis yang ketiga itu lah iaitu jin yang mampu berpindah randah yang dikenali sebagai saka. Ini disebabkan jenis jin inilah yang mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.

Hadis Tentang Wali Allah

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t.telah berfirman:“Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seseorang hambaKu yang bertaqarrub kepadaKu dengan sesuatu yang lebih kucintai daripada ia menunaikan segala yang Kufardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaku bertaqarrub kepadaKu dengan Nawafil, sehingga Aku mencintainya. Dan apabila Aku mencintainya, nescaya jadilah Aku(seolah-olah) pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan pemandangannya yang ia memandang dengannya, dan tangannya yang ia bertindak dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan andaikata ia memohonKu pasti akan Kuberinya, dan andaikata ia berlindung kepadaKu pasti akan Kulindunginya”.

Wednesday, August 3, 2011

Hadis Kelima

               Umat Isalam Mengikuti
Langkah-Langkah Yahudi dan Nashrani




Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata : Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal  demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.
H.R. Muslim

Hadis Keempat


Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang

Daripda Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda ; “Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
H.R. Muslim

Hadis Ketiga


Seluruh Dunia Datang Mengerumuni
                     Dunia Islam
 
Daripada Tsauban r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’”. Seorang sahabat bertanya: “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi s.a.w. menjawab: “Cinta pada dunia dan takut pada mati”.
                                                                                             H.R. Abu Daud            

Hadis Kedua




Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran
                     Pemusnahan



Daripada Ummul Mu’minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah s.a.w.) beliau berkata:” (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung ibu jari dan ujung jari yang sebelahnya(jai telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?” Lalu Nabi s.a.w. bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”.
H.R Bukhari Muslim